File spreadsheet untuk pengiraan KWSP | EPF
Masukkan:-
- Basic Salary
- % Employee contribution
- % Employer contribution
File spreadsheet untuk pengiraan KWSP | EPF
Masukkan:-
Contoh bagaimana membuat bajet menggunakan software Microsoft Excel:-
Sila klik untuk download “Budget Planner“.
![]() |
| AHMAD Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan jumlah agihan pendapatan dan bonus ASB di Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2006 sebanyak 7.30 sen seunit berserta bonus sebanyak 1.25 sen.
Pada tahun 2005, PNB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen manakala bonus sebanyak 1.50 sen seunit.
Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran agihan pendapatan ASB melibatkan peruntukan sebanyak RM3.547 bilion dan RM409.82 juta untuk bonus pada tahun ini.
Katanya, jumlah pembayaran itu dijangka bakal dinikmati oleh 6.15 juta pemegang unit yang melanggan sejumlah 49.5 bilion unit ASB.
Pengiraan agihan pendapatan ini adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan bagi pelaburan sepanjang tahun kewangan 2006 dan bonus pula mengikut baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun daripada tahun 1997 hingga 2006, katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB di ibu pejabat PNB di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
‘‘Mulai 1 Januari ini, umur penjaga berdaftar bagi akaun remaja dipinda daripada 21 tahun ke atas, kepada 18 tahun untuk meningkatkan penyertaan pelabur baru terutamanya remaja,’’ kata Ahmad Sarji lagi.
Sementara itu, ditanya mengapa kadar agihan pendapatan ASB lebih rendah berbanding tahun- tahun sebelumnya di sebalik peningkatan pasaran sejak pertengahan tahun ini, Hamad Kama Piah berkata, tindakan PNB tidak membayar agihan pendapatan lebih tinggi meskipun mampu berbuat demikian adalah sebagai satu strategi pelaburan masa depan.
“Kami memang boleh bayar lebih tetapi perlu ingat ASB adalah tabung jangka panjang dan memerlukan pengurusan strategi jangka panjang untuk dapat pulangan kompetitif.
“Pulangan yang diberikan oleh ASB sebenarnya adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen-instrumen pelaburan lain yang mempunyai ciri-ciri hampir serupa dengan dana tersebut,” jelasnya.
Hamad Kama Piah menambah, langkah berkenaan juga membolehkan PNB mempunyai baki lebihan sebanyak RM800 juta yang digunakan sebagai persiapan masa depan untuk memastikan para pelabur tidak rugi dalam jangka panjang.
Sehingga 15 Disember lalu, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM3.886 bilion, naik sebanyak RM442 juta berbanding RM3.444 bilion pada tahun lalu.
Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang RM1.778 bilion kepada jumlah pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan pelaburan pula sebanyak RM1.881 bilion dan baki sebanyak RM227 juta melalui pendapatan pelaburan instrumen jangka pendek.
Di antara sektor-sektor pelaburan utama ASB pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006 adalah kewangan (41.5 peratus), perkhidmatan dan perdagangan (30.59 peratus), perladangan (6.99 peratus), barangan pengguna (6.48 peratus) serta lain-lain sektor (14.44 peratus).
Sebelum itu, Ahmad Sarji berkata, pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelabur dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan di pejabat Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) atau ejen ASNB mulai 3 Januari ini.
Katanya, penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan pula akan dihantar pada hujung bulan Februari.
“Bagi memastikan penerimaan dokumen-dokumen tersebut, para pemegang unit dinasihatkan supaya menyemak dan mengemaskini alamat masing- masing di pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB yang berhampiran,” kata Ahmad Sarji.
Katanya, semua urus niaga ASB akan digantung mulai 18 Disember hingga 2 Januari bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
Klik untuk download file spreadsheet ” LHDN & Zakat“.
File ni dah sedikit outdated kerana terdapat beberapa perubahan seperti:-
Namum anda masih boleh menggunakannya untuk memudahkan pengiraan zakat dan cukai pendapatan.
Dikirim dalam Zakat | Leave a Comment »
Ada orang kata islamik loan lebih mahal(merujuk kepada kadar tahunan yang dikenakan). Bagi saya itu tidak begitu tepat sekiranya diperhalusi. Ringkasnya walaupun kadar tahunannya nampak tinggi, tapi kadar keuntungan (profit margin) sebenar islamik loan adalah kurang dari conventional.. Cuba lihat contoh dibawah.
Andaikan kita membeli sebuah rumah berharga RM 60,000. Kita ingin meminjam sama ada bank islam atau conventional selama 10 tahun. Jika bank itu bersedia memberi pinjaman selama 10 tahun tanpa keuntungan, maka bayaran bulanan kita kepada bank tersebut adalah 60K/(12 X 10) = RM 500 sebulan. Jadual pembayaran balik pinjaman adalah seperti berikut¡
JADUAL PINJAMAN TANPA KEUNTUNGAN, TANPA INTEREST
month monthly inst interest principle balance
0 0 0 0 60000
1 500 0 500 59500
2 500 0 500 59000
3 500 0 500 58500
: : : : :
119 500 0 500 500
120 500 0 500 0
Sudah pasti kedua jenis bank nakkan keuntungan. Maka, dalam conventional banking, everything is interest. Monthly installment is influenced by interest. Outstanding balance (baki hutang kita) pun dikira berdasarkan interest. Berdasarkan contoh di atas, andaikan conventional bank mengenakan flat rate 6% terhadap pinjaman perumahan kita, maka our installment will be
P(6%,10) = (60K X 0.06/12)/[1-(1+0.06/12)^(-12X10)] = RM 666.12 sebulan di mana lebih tinggi daripada RM 500 yang interest free.
Untuk kepastian, anda boleh lawati mana-mana laman web bank yang ada apply calculator for financing dan kira sama ada my calculation right or wrong¡
Additional notes:-
n = 10 tahun
t = masa (in terms of bulan)
i = interest (BLR) setahun
P(i,n) = flat monthly installments yang dipengaruhi oleh interest. Dalam kes ini, P(0%,10) = RM 500 and P(6%,10) = RM 666.12
Balance at time t, OB(t) = OB(t-1)*(1+i/12)-P(i,n). Dalam kes ini, OB(0) = RM 60,000 and OB(120) = 0.
I(t) = interest portion at time t (bulan) = OB(t-1)*(i/12)
Principle(t) = monthly installment – I(t)
Kalau kita bina jadual di atas, ianya seperti berikut¡
JADUAL PINJAMAN CONVENTIONAL
Month(t) monthly inst(t) I(t) principle(t) balance(t)
0 0 0 0 60000
1 666.12 300 366.12 59,633.88
2 666.12 298.17 367.95 59,265.92
3 666.12 296.33 369.79 58,896.13
: : : : :
119 666.12 6.61 659.51 662.81
120 666.12 3.31 662.81 0
Jumlah 79,934.44 19,934.44 60,000
Daripada sini, kita dapat simpulkan bahawa:-
1. Monthly installment kita terbahagi kepada dua iaitu interest yang perlu kita bayar dan hutang kita secara bulanan.
2. Kalau kita generate jadual pembayaran balik ini, kita dapati bahawa interest portion kita semakin merosot dengan kemerosotan baki hutang kita, sebaliknya bahagian pembayaran hutang bulanan kita (principle portion) semakin meningkat.
3. jika kita bandingkan outstanding balance untuk conventional bank and those without interest factor (islamik), the table will be such
month(t) conventional without interest
0 60000 60000
1 59,633.88 59500
2 59,265.92 59000
3 58,896.13 58500
: : :
119 662.81 500
120 0 0
Bagi kesemua bulan, balance bagi conventional banks adalah lebih tinggi. Semakin tinggi interest dikenakan, semakin tinggi balance kita.
4. Keuntungan bank adalah 19,934.44 / 60,000 X 100% = 33.22% keuntungan! Andai kata kita ingin membuat full settlement pada akhir tahun ke-5, baki hutang kita adalah RM 33,961.74. Maka selama 5 tahun kita commit dengan hutang kita, bank telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 666.12 X 5 X 12 + RM 33,961.74 = RM 39,967.38 + RM 33,961.74 = RM 73,929.12. Profit margin will be (73929.12 – 60K)/60K = 23.22%. Ini bermakna, lagi cepat kita bayar, keuntungan bank akan berkurangan.
Sehubungan itu, bank islam juga membuat projection untuk meraih keuntungan seperti conventional bank, tetapi bebas riba. Ini kerana sesuai dengan prinsip jual beli dalam islam yang mana bank islam bersedia membeli rumah yang kita ingini dengan harga RM 60K dan menjualnya kepada kita pada satu profit margin tertentu, serta selaras dengan halalnya kita berhutang (tetapi wajib dibayar) kepada bank. Let say, bank islam nakkan profit margin sama seperti conventional bank at the end of 10 years iaitu 33.22%. Maka, bank islam set up ratenya 6% per annum. Using the same method to calculate the installments, therefore, the monthly installment will be RM 666.12 sebulan. But, to avoid riba, the bank islam applies first method to measure the monthly outstanding balance (that may not be influenced by riba’ / interest). Dalam kes di atas, jadualnya adalah seperti berikut¡
month monthly inst balance
0 0 60000
1 666.12 59500
2 666.12 59000
3 666.12 58500
: : :
119 666.12 500
120 666.12 0
Total 79,934.44 60K
In the same case, if we are to make a full settlement at the end of 5 years, the outstanding balance will be RM 30,000. Then, the bank islam will earn our payment for about RM 666.12 X 12 X 5 + RM 30,000 = RM 69,967.20, that is its profit margin becomes 16.61% that is lower than conventional banks earning (23.22%). That is why the bank islam sets up higher rates than those provided by conventional banks. Sebab itulah loan islamik mengenakan kadar yang lebih tinggi.
From this, my advice is for those who commit with Islamic financing loan, please make repayment before the tenure so that we will earn competitive rebate.
Dikirim dalam housing loan, loan rumah | 20 Komen »
Sekadar berkongsi ilmu yang dibaca dari majalah Personal Money June 2006 berkenaan tips dan strategi untuk savings, jimat perbelanjaan terutamanya bulanan.
Dikirim dalam Jimat, Kad Kredit, duit, loan rumah | Leave a Comment »
Yusuf [47]
Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. [48]
Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih. [49]
Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.
Dikirim dalam Jimat | Leave a Comment »
Al-Munafiqun [10] Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh
Al-Baqarah [177 ]…. kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta,
Aali-imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Al-Baqarah [215] Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?
Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada:
Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
At-Tagabun [17] Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
Al-Maidah [12] ………………Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah) dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Fatir [29] Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Saba [39] Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Dikirim dalam Derma, Infaq, Sedekah, Zakat | Leave a Comment »
Al-Baqarah [261]
Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai tangkai itu seratus biji. Dan Allah melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.
Al-Baqarah [265]
Dan bandingan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan keteguhan (iman) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau tidak ditimpa hujan lebat, maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan, Allah sentiasa Melihat apa yang kamu lakukan.
Dikirim dalam Harta, Islam | Leave a Comment »
Harta riba walaupun banyak akan jadi sedikit akhirnya
Al-Baqarah [276] Allah susutkan riba, dan mengembangkan sedekah.
Allah istihar perang terhadap orang yang makan riba dengan sengaja
Al-Baqarah [279]Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
Tinggal riba = bertaqwa & berjaya.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah Aali Imran, Ayat: 130).
Dikirim dalam Harta, Riba | Leave a Comment »