Feeds:
Kiriman
Komentar

ubahjenamapenggunabijak.gif

Berapakah belanja bulanan anda untuk membeli barangan runcit seperti sabun basuh baju, softener, sabun mandi, pencuci lantai, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi?

Mengikut kiraan secara kasar saya:-

  • Sabun basuh (Daia Rm18.45)
  • Pencuci tandas (Harpic liquid RM 8.89) 
  • Pencuci lantai (Ajax Fabuloso RM 9.3)
  • Pencuci pinggan mangkuk (Sunlight RM 4.85)
  • Softener (Petal RM10.10)
  • Sabun mandi (Protex RM 3.65)
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Bedak

Jumlahnya sudah melebihi RM50. Tahukah anda bagaimana caranya kita boleh menukarkan pembelian barang-barang diatas menjadi satu pendapatan. Ringkasnya guna barang dan jana wang.

Sekiranya saya beritahu anda :-

  • boleh memberi barang-barang seperti diatas dari sebuah kedai online
  • tidak perlu beratur untuk membayar
  • tidak perlu start motor atau kereta
  • boleleh mendapat bonus yang boleh ditukarkan kepada cash atau barang.(hasil dari pembelian anda – katalah anda beli RM50, anda boleh dapat dalam Rm 10.

Untuk keterangan lanjut, layari:-

Kedai Cyber

Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_05.htm&arc=hive

Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.

Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:

1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?

2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?

3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?

JAWAPAN: Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.

*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

Kadar Dividen EPF | KWSP

Dari akhbar theSun (6/2/2007):-

5% dividend paid in 2005;

4.75% in 2004;

4.5% in 2003,

4.25% in 2002 and

5% in 2001.

8.5% highest dividend paid out between 1984-87

RM285.45 bil invested last year

RM13.3 bil earned from investments last year80% of funds invested in low risk fixed income instruments 

Kaya tapi sederhana

Cerita orang kaya tapi sederhana

Everyone has heard of Warren Buffett who is reported to be the world’s greatest stock market investor and is worth US$36 billion, lives in a house he bought for US$31,500, dines on burgers and quotes Mae West. The following is a brief write-up on this super-rich man.-WHAT AND EXTRAORDINARY MAN HE IS    ….0o– There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffett, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life: 

1) He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late! 
2) He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.
3) He still lives in the same small 3 bedroom house  in mid-town
Omaha,  that he   bought after he
 got married 50 years ago. He says that he has everything  he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4) He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.
5) He never travels by private jet, although he owns the world’s largest private jet company.
6) His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year   to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis. 
7) He has given his CEO’s only two rules. Rule number 1: do not lose any of your share holders’ money. Rule number 2: Do not forget rule number 1. 
8) He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch television. 
9) Bill Gates, the world’s richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet.So he had  scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of  Warren Buffet. 10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.
11)  His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself. Amazing individual indeed……  

Oleh Nor Liza Ahmad (Berita Harian 24/1/2007) 

Pelaburan profil risiko rendah tawar pulangan memuaskan

RHB Unit Trust Management Bhd melancarkan Asia-Pacific Select (1) Capital Guaranteed Fund, iaitu dana jaminan modal pertamanya yang disasarkan kepada pelabur dengan profil risiko rendah.

Dana yang diuruskan UOB-OSK Asset Management dan diedarkan menerusi RHB Bank Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd itu adalah yang kedua dilancarkan RHB Unit Trust dalam tempoh dua minggu ini selepas Dana Amanah Global Themes.

Saiz dana Asia-Pacific Select (1) Capital Guaranteed Fund ialah 300 juta unit bernilai RM1 seunit dengan pelaburan minimum awal dan pelaburan tambahan masing-masing RM3,000.

Ketua Eksekutifnya, Micheal Tan, berkata objektif dana baru itu ialah menyediakan pelabur jaminan modal di samping potensi pertumbuhan sepanjang tempoh matangnya selama tiga tahun.

Beliau berkata, dana itu juga bermatlamat menyediakan kepada pelabur pulangan tahunan memuaskan.

Katanya, sejajar dengan objektif itu, 85 peratus daripada nilai aset bersih dana itu akan dilaburkan dalam bon boleh runding berkupon sifar manakala bakinya dalam 10 saham syarikat terpilih dalam sektor prasarana dan tenaga di Asia Pasifik serta pasaran tunai.

Pelaburan dalam 10 saham syarikat terpilih itu akan dipantau setiap bulan yang mana kami hanya akan mengambil kira harga bulanan tertinggi bagi tujuan pemberian pulangan untuk tempoh matang selama tiga tahun itu,” katanya selepas pelancaran dana itu di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Ketua Eksekutif UOB-OSK Asset Management Sdn Bhd, Lim Suet Ling dan Pengarah Urusan Produk Kewangan dan Perkhidmatan Perbendaharaan Global UOB Group, Ng Kwan Meng.

Tan berkata, tempoh tiga tahun adalah tempoh matang optimum bagi satu-satu dana kerana pelabur biasanya enggan menyimpan wang mereka bagi tempoh yang panjang,

Dalam pada itu katanya, penumpuan pelaburan dalam syarikat sektor prasarana dan tenaga itu dibuat berdasarkan prospek pertumbuhan sektor berkenaan di beberapa pasaran Asia Pasifik termasuk China dan India. Beliau berkata, kira-kira AS$3 trilion dijangka dibelanjakan dalam pelbagai projek prasarana dan tenaga di Asia Pasifik dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Tan berkata, beliau yakin 160 juta unit daripada Asia-Pacific Select (1) Capital Guaranteed Fund yang mula ditawarkan sejak 17 Januari lalu akan dilanggan menjelang akhir minggu ini. Beliau berkata, dana itu memberi ruang bagi pelaburan selamat dan berpotensi meningkat, pada kos serendah kira-kira 3.3 peratus.

Katanya, dalam ujian lima tahun yang dijalankan, dana ini mampu memberi pulangan minimum 3.18 peratus setahun, pulangan purata 9.73 peratus setahun dan pulangan maksimum 17.42 peratus. Sementara itu, beliau berkata, RHB Unit Trust yang kini menguruskan saham amanah bernilai RM1.35 bilion merancang memperkenalkan empat lagi dana baru tahun ini. “Ini sejajar sasaran syarikat itu untuk menguruskan dana bernilai RM2 bilion menjelang akhir tahun,” katanya.

Namakan pewaris aset, harta

RAUB 21 Jan. – Rakyat negara ini diingatkan supaya membuat persiapan sewajarnya termasuk menamakan pewaris bagi aset atau harta sebelum mereka meninggal dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak aset dan harta pusaka pada masa ini yang tidak dituntut akibat tiada penama pewaris.

Katanya, perkara itu menyebabkan keluarga si mati berhadapan dengan masalah untuk menuntut aset atau harta berkenaan.

‘‘Harta yang tidak dituntut ini berdasarkan pada mereka yang meninggal dunia dan tidak membuat apa-apa persiapan termasuk dari segi mewariskan harta pusaka mereka.

‘‘Sebab itulah, Amanah Raya Berhad menyediakan satu kaedah di mana kita boleh menentukan pembahagian harta sebelum terjadi sesuatu kepada kita seperti meninggal dunia dan sebagainya,” katanya.

Najib diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini di mana sejumlah RM40 bilion aset dan wang tunai yang tidak dituntut berikutan pemiliknya telah meninggal dunia.

Katanya lagi, laporan itu perlu dijadikan panduan bagi mengelakkan masalah tersebut berterusan.

‘‘Ini sesuatu yang wajar dipertimbangkan bagi mengelakkan jumlah aset menjadi terbiar,” katanya.

Beliau berkata, isu itu boleh dijadikan satu jolokan kepada masyarakat untuk membuat persiapan dari segi harta pusaka yang hendak diwariskan kepada keluarga mereka.

Katanya, bagi masyarakat Islam, ia boleh dilakukan lebih awal bersesuaian mengikut prinsip Islam.

Beban kad kredit

Oleh Lokman Ismail (Berita Harian 19/1/2007)

CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.

Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.

Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).

Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.

Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.

Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya. Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?

Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.

Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki.

Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.

Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.

Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit.

Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit.

Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang. Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.

Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.

Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.

Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral. Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.

Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan.

Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.

Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan.

Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit. Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu.

Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri.

Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan.

Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu.

Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.

Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram.

Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.

Pemasaran MLM sah


SOALAN

MENGIKUT perspektif Islam, apakah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dikira sah?
Apakah hukumnya dan bagaimana dengan pendapatan yang saya peroleh sekiranya terbabit dengan bisnes berkonsep ini?

Hadi | Kuala Lumpur.

Jawapan

SECARA umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di Malaysia ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL).

Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan dengan seseorang yang berjaya memasarkannya mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM membabitkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan seterusnya pelanggan.

Apa yang penting dalam mana-mana perniagaan termasuk MLM ialah berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli.

Berbanding dengan skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline semata-mata tanpa perlu menjual barangan atau perkhidmatan.

Akhirnya tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka berada di bawah yang mendapat kerugian.

Oleh itu, undang-undang mengharamkan skim piramid. Sekiranya MLM yang anda usahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperolehi adalah halal.


Fikrah DR SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada Pengarang Rencana, Harian Metro, Balai Berita, 31, Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur atau faksimili 03-22848390 atau e-mel:
fikrah@hmetro.com.my

BIJAK merancang dan menguruskan kewangan adalah unsur penting membentuk keluarga sejahtera dan stabil. Walaupun wang bukan segala-galanya tetapi ia mempunyai kaitan secara langsung dengan kesejahteraan bagi memenuhi keperluan asas dalam kehidupan. Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga membabitkan perbelanjaan, perlindungan daripada risiko, simpanan dan pelaburan.

Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Laily Paim ketika membentangkan kertas kerja berjudul Perancangan dan Pengurusan Kewangan Keluarga pada Seminar Islam Hadhari “Kefahaman Mengenai Kehidupan Keluarga Berkualiti” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bermula 7 hingga 8 Jun, berkata antara petunjuk keluarga menghadapi masalah kewangan adalah :-

  • tidak tahu ke mana wang dibelanjakan,
  • tidak pasti berapa banyak hutang,
  • bil-bil tertunggak,
  • mengambil pinjaman baru untuk membayar hutang lama,
  • bergantung kepada pendapatan tambahan,
  • menggunakan kredit untuk memenuhi keperluan hidup,
  • menggunakan simpanan untuk keperluan harian dan
  • tidak dapat langsung menyimpan.

    “Semua petunjuk yang disenaraikan bukanlah sesuatu yang asing bagi keluarga dan ia bukan bermakna keluarga mempunyai pendapatan rendah tetapi ini menunjukkan kewangan keluarga tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan,” katanya.Katanya, mengurus kewangan membolehkan keluarga menyedari matlamat dan berusaha mencapai matlamat dengan sumber kewangan yang ada. Pengurusan kewangan juga membolehkan keluarga mampu menghadapi cabaran atau kejadian yang tidak diduga selain membentuk disiplin diri dan sikap bertanggung jawab terhadap kehidupan masa kini dan akan datang.

    “Menggunakan wang dengan berkesan bermaksud matlamat yang ditetapkan dapat dicapai manakala mengurus wang dengan cekap bermaksud menggunakan wang seminimum yang boleh untuk mencapai semaksimum matlamat yang boleh. Oleh kerana keperluan dan kehendak itu banyak, sedangkan wang terhad, keutamaan perlu ditentukan. Sebelum membelanjakan wang, tanya diri sendiri apakah sesuatu benda atau khidmat yang dibeli itu penting? Apakah ia tidak boleh ditangguhkan?” katanya.

    Antara kesilapan biasa dalam mengurus kewangan ialah sikap gemar berhutang berbanding membeli sesuatu benda atau perkhidmatan secara tunai. Kaedah pembelian secara kredit (kad kredit) yang kini menjadi cara hidup ramai menyebabkan banyak keluarga mengorbankan peruntukan kewangan di masa depan seterusnya gagal membuat simpanan untuk matlamat kewangan lebih penting.

    “Membuat pembayaran secara ansuran biasanya lebih mahal dibandingkan bayaran tunai kerana caj kewangan dikenakan seperti faedah dan caj perkhidmatan menyebabkan lebih terhad peluang untuk berbelanja di masa depan. Inilah sebabnya mengapa ramai eksekutif muda bankrap akibat berbelanja secara berhutang yang berlaku akibat tidak dapat menyesuaikan gaya hidup dengan kemampuan,” katanya.

    Lima elemen dalam proses merancang kewangan iaitu mengurus, memantau, menentukan jumlah wang diperlukan dan untuk apa, membentuk rancangan berbelanja dan mematuhi rancangan yang dibuat. Mulakan dengan merujuk rekod kewangan seperti penyata bank, slip gaji, cukai pendapatan dan penyata kad kredit tahun lalu yang memberikan gambaran realistik mengenai berapa banyak pendapatan diperoleh dan di mana wang dibelanjakan.

    Catat semua perbelanjaan setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan. Berpandukan rekod ini, keluarga boleh merancang perbelanjaan dengan lebih realistik. Jika terlebih belanja, usaha berjimat cermat. Walaupun pendapatan melebihi perbelanjaan, perancangan masih diperlukan untuk meningkatkan lagi kuasa berbelanja. Berjimat cermat adalah langkah pertama ke arah mengumpul kekayaan,” katanya.

    Semua rancangan simpanan bermula dengan mengurangkan perbelanjaan bulanan. Penyata pendapatan adalah ringkasan pendapatan dan perbelanjaan keluarga yang membolehkan keluarga menyemak pendapatan dan perbelanjaan lepas.

    Terdapat beberapa bentuk simpanan yang boleh dibuat iaitu :-

  • menyimpan secara tetap setiap bulan (contoh potongan gaji),
  • simpanan penggunaan iaitu membeli barangan tahan lama,
  • menyimpan secara paksaan melalui pembelian insuran,
  • potongan KWSP dan skim pencen,
  • menggunakan hanya wang kertas dan wang syiling kumpulkan dan simpan durian runtuh yang diterima.“Pelaburan juga adalah kaedah menggandakan wang. Secara umumnya pelaburan adalah cara menggunakan wang pada masa kini untuk menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi pada masa depan. Antara contoh pelaburan adalah akaun simpanan, simpanan tetap, saham kerajaan dan pasaran saham. Perlu diingatkan bahawa pelaburan membabitkan risiko seperti inflasi, deflasi, perniagaan, kadar faedah dan sebagainya,” katanya.

    Sumber : Berita Harian 13/06/2005

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN (utusan 2/1/07)

SETIAP tahun Menteri Kewangan akan membentangkan bajet tahunan negara. Pada ketika itulah kita ternanti-nanti mengenai penurunan cukai atau pengurangan kos dalam pelbagai sektor.

Semuanya untuk mengelak defisit dan inflasi dalam pengurusan kewangan harian.

Namun, bagaimana pula dengan pengurusan kewangan keluarga dan diri. Apakah kita juga mempunyai bajet tahunan seumpamanya?

Siapa pula yang perlu bertanggungjawab dalam bajet atau pengurusan kewangan keluarga. Suami, isteri, ibu atau ayah?

Jika bajet individu tentu mudah jawabnya, kerana ia sudah tentulah tanggungjawab individu itu sendiri. Namun adakah kita mempunyai bajet menguruskan wang secara berhemah itu.

Dewasa ini, ramai membunuh, terbunuh dan dibunuh angkara meminjam wang dari saluran tidak berlesen, ‘along’. Tidak kurang yang mendapat surat amaran dan saman dari institusi perbankan kerana gagal membayar balik wang pinjaman.

Malah, ada sesetengah yang hutangnya (sama ada pinjaman pendidikan, perniagaan atau persendirian) menjadi ‘warisan’ yang terpaksa ditanggung oleh anak dan ahli waris.

Namun yang sering berlaku, ramai akan mengalami kegawatan kewangan setiap kali musim perayaan dan sesi persekolahan bermula.

Semuanya gara-gara tidak bijak menguruskan kewangan atau tidak ada bajet belanjawan dalam kehidupan harian diri dan keluarga.

Al-Quran mengingatkan: Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Al-Maidah: 2)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda: Orang yang mampu membayar hutang, haram atasnya melalaikan hutangnya. Maka apabila salah seorang di antara kamu memindahkan hutangnya kepada orang lain, pemindahan itu hendaklah diterima, asal yang lain itu mampu membayar. (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi).

Menyedari masalah tersebut, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) julung kalinya memperkenalkan kursus Pengurusan Kewangan Keluarga kepada orang awam.

Perunding kewangan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Bank Negara, Mohamad Rapidi Mohd Derus berkata, ramai yang terpedaya dengan tawaran pelbagai kredit dari institusi kewangan kerana tidak ada disiplin dan ilmu dalam menguruskan wang secara berhemah.

Menurutnya, sama ada meminjam kerana benar-benar memerlukan atau sebaliknya, semua itu adalah hutang yang akan dihitung di akhirat kelak jika ia gagal membayar balik.

Malah, budaya memiliki sesuatu melebihi keperluan asas dan amalan berbelanja secara boros dan mengikut trend masyarakat mendorong institusi kewangan mereka cipta pelbagai kredit dan bentuk pinjaman yang mengaburi mata pengguna.

“Ini membuatkan ramai yang terus dibebani hutang, malah berlipat ganda kerana terpengaruh dengan pelbagai tawaran istimewa sistem kredit bank,” katanya.

Mohamad Rapidi berkata demikian semasa menyampaikan ceramah mengenai Kaunseling dan Pengurusan Kredit Keluarga pada kursus sehari di Dewan Besar LPPKN, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai fasilitator LPPKN dari Seremban, Mohd. Noh Saiman pula berkata, timbul masalah dalam pengurusan kewangan keluarga apabila konsep kebahagiaan dan kekayaan saling bertentangan.

Persefahaman

Kata beliau, suami isteri sepatutnya saling berbincang dan mempunyai persefahaman yang rapat dalam mencorakkan kewangan keluarga.

Setiap keluarga menurut Mohd. Noh, perlu ada dan menyediakan bajet bukan sahaja tahunan, malah harian, mingguan dan bulanan.

Menurutnya, masa 24 jam sehari semalam adalah milik semua, terpulang bagaimana masa yang ada itu diurus dan digunakan bagi menjamin kebahagiaan hidup.

Jika kita bijak mengurus dan mengguna masa, bahagialah hidup keluarga, begitu juga dalam menguruskan kewangan,” katanya.

Beliau menambah, kekayaan belum menjamin dan tidak boleh membeli kebahagiaan hidup sesebuah keluarga.

Sebaliknya harta benda sering menyebabkan rumah tangga dan keluarga porak peranda malah tergadai maruah dan hilang nyawa, jelasnya.

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »