Sekadar berkongsi ilmu yang dibaca dari majalah Personal Money June 2006 berkenaan tips dan strategi untuk savings, jimat perbelanjaan terutamanya bulanan.
- PERUMAHAN (HOUSING)
- Refinance atau pembiayaan semula pinjaman perumahan, terutamanya selepas 5 tahun untuk mengurangkan jumlah ansuran. Misalnya bertukar dari bank A yang mengenakan 6.8% interest kepada Bank B – 5.8 % interest.
- Menyewakan bilik-bilik. Misalnya rumah ada 4 bilik, pakai 2, sewa 2. Ini boleh membantu mengurangkan bebanan ansuran bulanan.
- Berpindah ke kawasan yang lebih murah atau dari rumah banglo ke rumah teres.
- PERBELANJAAN ISIRUMAH (HOUSEHOLD)
- Beli secara pukal/bulk. Misalnya kalau anda biasa belanja RM4 sehari untuk snek dan air bersamaan Rm80 sebulan. Belian secara pukal/borong mungkin hanya bersamaan Rm 30 sahaja.
- Rancang perbelanjaan anda. Beli barang dihypermarket yang menawarkan harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti shampoo, sabun.
- Buat perbandingan harga sebelum membeli.
- CREDIT CARD
- Sebaik-baiknya guna cash/tunai untuk mengelakkan “overspent”. Kalau mahu guna juga selesaikan dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas interest (interest free period)
- Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti Fixed Deposit yang memberikan 4% faedah setahun berbanding hutang credit card yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan simpanan untuk menyelesaikan hutang.
- PENGANGKUTAN (TRANSPORTATION)
- Downgrade kereta (sukarĀ untuk dilakukan bagi kebanyakan orang. Misalnya dari Proton Perdana kepada WIRA untuk mengurangkan bayaran installment bulanan.