“Pada pendapat saya, seseorang individu itu mampu untuk membayar zakat jika dia mempunyai wang yang lebih selain memenuhi syarat-syarat wajib zakat. Tetapi dalam mendapatkan wang yang lebih, dia perlu menguruskan kewangannya dengan bijak.
Untuk menguruskan kewangan yang bijak, dia perlu belajar kerana ini bukanlah lahir dengan sendirinya,” kata Azizi, bapa kepada empat cahaya mata perempuan ini lagi.
“Saya rasa gembira kerana dapat menunaikan tugas sebagai seorang Islam dan juga seorang manusia. Rasa gembira yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan. Saya bangga kerana dapat menunaikan zakat. Perasaan bangga itu sama seperti seorang lelaki bangga jika mampu menanggung keluarganya, begitu perasaan saya,” kata anak jati Perlis ini.
“Dahulu saya memang sering membayar cukai. Pada masa itu, dalam kotak fikiran saya apabila sudah melangsaikan cukai,bermakna tugas saya pun selesai. Tetapi dalam lima hingga enam tahun lepas, sayabertanya semula pada diri saya, apa pula sumbangan saya kepada masyarakat Islam? Jika membayar cukai bermakna saya telah melangsaikan tanggungjawab saya sebagai seorang warga Malaysia, tetapi jika saya membayar zakat, faedahnya adalah untuk muslim yang memerlukan. Ketika itulah barulah terbit rasa tanggungjawab untuk membayar zakat. Ini bermakna saya bukan sahaja menjalankan tanggungjawab saya sebagai warga Malaysia tetapi juga sebagai seorang Muslim. Sejak daripada hari itu,
selagi mana saya mempunyai lebihan wang, selagi itu saya terus menjalankan kedua-dua tanggungjawab tersebut.”
dlm artikel menyatakan, jika ada lebihan wang adalah baik jika berzakat..
bagaimana jika, duit suami mmg tak berlebih.. belanja bulanan dibantu isteri yg berpendapatan lebih drp suami.. itupun dpt menyimpan dalam sedikit saja.. tetapi melihat pada kalkulator di web zakat, org perempuan perlu byr utk fixed amaun base on jadual yg diberi… tanpa ada potongan pengecualian berbanding utk suami..
hidup di bandar besar memerlukan byk perbelanjaan.. tempat tinggal, makan minum, pengangkutan, kos anak2… jd bagaimana pengiraan zakat perlu dilakukan sekiranya duit gaji isteri turut digunakan untuk menampung kos hidup sekarang…? perlukah byr zakat sedangkan tidak byk yg boleh disimpan.. atau bolehkan kita byr zakat, ikut apa yg kita mampu beri sahaja…? bolehkah bersedekah dianggap kita memberi zakat kepada org susah?
Membayar Zakat adalah rukun Islam ke 3. Jika puan bekerja, cubalah buat potongan zakat bulanan. Cuba hubungi pejabat zakat. pegawai mereka semua peramah dan mesti boleh bantu puan.
Sbnrnya, bila kita byr zakat, rezeki kita bertambah… insya Allah.