Sebagai seorang akauntasi , ini pandangan saya…… kalo buleh bagi comment…..it makes sense…Cuba anda
fikir-fikirkan……
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.
Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).
Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.
Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.
Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
——————————————————————
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.
Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar ==> RM 64,64
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = – RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.
Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.
Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap email ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.
Terima kasih.
Assalamualaikum,
Saya sangat bersetuju dengan pendapat dari blog ini dengan fakta-fakta yang tak dapat dibantah-bantah lagi.
Cuma penulis hanya mengambil kira faktor kalkulatif sahaja. Beliau lupa untuk mengambil kira faktor psikologi manusia. Dalam dunia ada dua jenis manusia, pertama jenis yang mampu untuk mendisiplinkan diri sendiri. Masalahnya manusia jenis ni tak ramai dan hanya terdapat dikalangan mereka-mereka yang mempunyai kualiti pemimpin sahaja. Manakala jenis kedua adalah manusia yang perlu didisiplinkan oleh orang lain. Sebab tu sejarah peradaban manusia penuh dengan undang-undang. Sama ada undang-undang yang direka cipta oleh manusia sendiri atau pun undang-undang yang datang dari Yang Maha Kuasa. Undang-undang inilah yang akan menjadikan manusia dari golongan kedua ni berdisiplin. Tanpa undang-undang mereka akan jadi tak tentu hala, kecoh, huru-hara.
Golongan kedua adalah lebih ramai dan mereka bukan jenis pemimpin dan bukan jenis banyak wang. Saya rasa kebanyakkan mereka ini mempunyai masalah disiplin untuk menyimpan sendiri wang mereka bagi tabungan masa depan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mereka ini menyimpan (kecuali caruman KWSP yg hanya utk yg makan gaji sahaja). Sedangkan mereka tiada masalah utk mengekalkan disiplin membayar pinjaman bank utk kereta atau rumah dan sebagainya kerana faktor undang-undang.
Jadi, saya rasa masalah untung atau rugi membuat pinjaman bank utk ASB mempunyai pros and cons. So, kedua-duanya betul bergantung atas jenis manusia yang terlibat.
“Try to see picture as a whole, so you can see the true story”
assalamualaikum,
Semasa loan ASB dilancarkan, saya telah pun berfikir dan terdetik hati, sekiranya kaedah ini tidak mendatangkan apa2 faedah kepada bank masakan mereka begitu beriya-iya mempromosikannya. dan satu lagi yang saya terfikir, sekiranya dividen bonus ASB merundung jatuh ke bawah 6.0% setahun, tidakkah kita membayar lebih kepada bank kerana dividen yang diperolehi itu mestilah tak cukup untuk menutup hutang.
Pengiraan yang dibuat oleh saudara/saudari lebih jelas membuktikan bahawa loan ASB ini lebih menguntungkan pihak bank. Tapi, sekiranya seseorang tu berfikiran jauh, kERUGIAN ini sebenarnya boleh dilihat secara ‘rough idea’.
Saya pernah menceritakan pendapat saya mengenai loan ASB ini kepada member2 tapi tidak dipersetujui. ini mungkin kerana saya tidak menjelaskan secara ‘detail calculation’. apa yang saya nak nampak, ramai member2 saya tidak berfikiran jauh dan tetap mengatakan loan ASB tu menguntungkan.
Anyway, terpulang kepada individu masing2. Bagi saya, walaupun tanpa calculation, kita boleh tafsirkan bahawa loan tersebut hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.
Saya baru sahaja memohon pinjaman dr CIMB untuk melabur didalam ASB. Nampak gaya nya terpaksa cancel la ni. Pada pendapat saya betul juga kiraaan tersebut Akan tetapi disebabkan telah banyak wujud pelaburan yang berdasarkan syariah,saya rasa baik kita melabur kat tempat tu saje. Yang paling tinggi pulangan setakat ni Public Mutual. Anak syarikat Public Bank rasa nya.
Saya ingin komen di sini.. walaupun anda semua mengambil kira faktor kalkulatif, cuba anda fikir.. sekiranya tidak membuat loan untuk invest, sudah pasti anda tidak mempunyai wang untuk invest kalau harapkan duit sendiri.
jadi, membuat loan untuk invest juga merupakan jalan terbaik. jgn kira untung rugi sahaja.. kerana dalam masa terdekat anda sudah untung byk dari dividen yg diberi….
loan untuk invest lebih berbaloi dari loan membeli kereta
macam mana pulak kalau duit dari hasil dividen tu dibiarkan di dalam asb dan duit loan di bayar dengan gaji sendiri …. adakah hasilnyer sama dengan cara b…????
hope dapat beri comment
Pada dasarnya loan ASB ni memang nampak merugikan peminjam…
Tapi cuba fikirkan tentang masa depan anda.. adakah anda dapat mengekalkan simpanan bulanan anda untuk jangka waktu 20 tahun yang akan datang?
Malang tak berbau… kemalangan boleh menimpa anda pada bila-bila masa sahaja. Jika anda ada LOAN ASB yang dipakejkan dengan INSURAN, ini bermakna anda telah menyediakan satu ‘back-up’ plan yang boleh berjalan seiring dengan kehidupan anda.
Bayangkan sesuatu yang buruk berlaku dan anda tidak berupaya lagi untuk bekerja dan seterusnya menabung. Sebaliknya anda memerlukan banyak wang kerana kemungkinan musibah yang tidak diundang menimpa…. Dalam keadaan ini pula, anda mempunyai komitmen yang tinggi terhadap keluarga dan anak-anak terutamanya… jadi apakah persediaan anda?
Oleh itu, saya mempunyai pandangan dari sudut yang lain…. untuk menjamin kesejahteraan keluarga, anda perlu MEMAKSA DIRI MEMBUAT PINJAMAN ASB yang dipakejkan dengan INSURAN.
Secara umumnya, sekiranya dividen dan bonus ASB kurang dari faedah pinjaman yang dikenakan. Pelaburan anda boleh dikatakan rugi berbanding dengan penabungan bulanan secara terus tanpa pinjaman. Pada umumnya kadar dividen dan bonus setakat ini masih tinggi berbanding dengan kadar faedah pinjaman. Disini anda masih mendapat sedikit untung. Sedikit untung lagi sekiranya anda mengekalkan dividen anda didalam ASB tanpa mengeluarkannya. Pengiraan diatas adalah mengambil kira kadar faedah pinjaman hampir menyamai kadar dividen ASB iaitu 6.9 % Vs 7.0 %. Dan tidak mengambil kira pelaburan semula dividen yg didapati setiap tahun.
Pada pendapat saya sekiranya Dividen ASB kekal antara 8~9% dan kadar pinjaman dibawah 7% disamping pelaburan semula dividen setiap tahun. Anda masih untung berbanding penabungan bulanan.
kalau ada duit banyak ok ler…tapi kalau makan gaji cam ne? duduk kl gaji 2500.00 tolak ansuran rumah,kereta,insurans diri,insurans bini,insurans anak,makan minum dll tinggal berapa je….abis kuat boleh simpan 100-200 je sepuluh tahun asb pun x penuh lg ler….
bukan senang untuk menyimpan 200 sbl ke dlm asb,kerana bila aduit ada di tangan macam2 nk buat..so pinjaman asb ini adalah salah satu inisiatif utk membuat penabungan…sekurang2nya ada dividen bonus setiap tahun.apa2pun ini semua bergantung pada diri sendiri.
bagi sy, lebih baik simpan dgn duit sdr drp pinjaman bank.ini kerana bonus+dividen terus dapat kepada kita n tak perlu nak bayar pinjaman bank. tapi masalahnya disini untuk nak mendisplinkan diri menyimpan tu agak sukar.manusia lebih suka membuat pinjaman untuk menabung, daripada menabung tanpa membuat pinjaman. sebab itu, hutang bertimbung2. akhir bulan duit abis dengan hutang itu hutang ini sj. tepuk dada tanya selera
Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa membuat pinjaman dari bank untuk melabur dalam ASB banyak menguntungkan kita (bukan kata tidak ada untung) tapi kurang. Elok simpan apa yang ada – tak kiralah RM10 ke, RM 50 ke sebulan, itu duit anda. tak perlu risau tentang hutang. Nasib tak baik tiba-tiba BLR naik 8-10 % (mungkin berlaku-saya tak arif tentang ini). Sampai 20 tahun pun pinjaman bank itu tak selesai, mungkin dah pergi dunia lain dah.
Fikir betul-betul
komen saya, loan ni berguna utk mendisiplinkan org menyimpan, pasal kalau nak harap simpan bulan2 kat ASB, payah!
satu lagi, loan vs tunai, since dividen is calculate on monthly basis, akan ada different kalau kita dump 100K (loan) as compared to sikit2 tiap2 bulan. Did En Sulaiman take this into account in ur calculation? I’m sure there’s some different…
//Afidie
http://afidie.com/blog/
Satu lagi ASB loan tu boleh di hentikan serta merta, so kalau rugi jer, kita stop terus!
sorry la pada yang tak menyokong asb loan ni…but kalau program ni terbuka pada org asing(cina) sure diorang dah langgan abis….tengok ler aswawasan…koata org kita tak penuh 2..depa dah rebut nak isi koata diorang….pikir ler…….depa nampak lubang duit tapi kite?..jutawan pun kata suruh labur dalam asb….dengar ler…..cerite aku…aku ragu2 gak dulu but sambar gak 15k utk aku 15k utk bini…bayar 115×2org….akhir tahun dividen 1400×2 dapat balik duit tu…..p enjoy…simpan skit….la ni aku nak tutup yg lama tui coz nak buat baru…50k….la ni rate lagi rendah….ko orang ingat kalau tak untung asb ni ada ke aku nak tambah lagi jadi 50k?sendiri mau ingat ler….target aku nak penuhkan koata 200k aku…bini …anak aku….kalau ko org taknak follow ..lantak ko orang ler…..org cina kat opis marah sangat coz diaorg takleh joint asb ni….ada yang nak tolong masuk syer ngan aku….tokey aku cakap bodoh ler org melayu kalau tak ambik kesempatan ni….tokey aku dah jutawan dah……setahun 2 3 kali p oversea….so lu pikir la sendiri…..maaf jika kasar bahasa…..assalamualaikum..
saya nak komen sikit:
kadang-kadang calculation matematik tersalah kerana kita terlebih calculate.
for excample:
kita pinjam rm100000
setiap thn dapat dividen rm 7000
bayaran sebulan rm731
kes 1: keuntungan diguna untuk bayar interest.
tahun pertama: 731 x 12= rm 8772 setahun
keuntungan tahun pertama rm 7000 (keuntungan 7%)
tahun ke-2 dan seterusnya:
731 x12= 8772 – 7000 ( keuntungan tahun sebelumnya)
=1772 (penambahan yang diperlukan setahun untuk membayar kepada bank.
dalam 20 tahun benda yang sama anda lakukan maka:
1772 x 19 = rm 33668 (jumlah penambahan yang diperlukan selama 19 tahun setelah ditolak tahun pertama)
maka jumlah keseluruhan wang yang diperlukkan untuk mendapatkan rm 100 000 adalah
rm 33668 + 8772 = rm 42 440.
keuntugan yang anda dapat daripada ini adalah 100 000 – 42 440 = rm 57 560 satu jumlah yang memadai untuk melabur selama 20 tahun.
(jumlah ini dikira secara putata saja tanpa mengira jumlah hutang yang berkurang setiap tahun = diigatkan ia jumlag interts bank akan berkurang jika jumlahhutang berkurang setiap tahun.)
saya bersetuju dengan cadangan anda bahawa bank mendapat untung daripada pelaburan kita. tetapi harus diingatkan kita pun untung juga. sama-sama untung ler kiranya.
kes kedua: keuntungan dibiarkan aje kat asb.
tahun pertama: 731 x 12= rm 8772 setahun
keuntungan tahun pertama rm 7000 (keuntungan 7%)
dalam masa 20 tahun kita perlu melabur 8772 x 20=175 440
kirakan hasil keuntungan 7000 setahun kali 20 tahun = 140 000 sahaja.
dalam asb pelaburan ada 100 000 lagi so keuntugan adalah 140 000 ditambah 100 000 = 240 000. so keuntugan anda secara kasar adalah 240 000 – 175 440 = 64 560. utk 20 tahun. (diigatkan ini adalah pengiraaan secara kasar tanpah mengambil kira keuntugan yang sepatutnya bertambah setiap tahun kerana setiap tahun ada meyimpan 100 000 ditambah 7000setiap tahun dari keuntuga.
saya percaya bank sememangnya mendapat keuntungan dari bisness ini. kerana mereka mengenakan interst 6.7% setahun. tetapi kita masih mendapat keuntungan juga.
saya setuju untuk kes kedua ini kurang sesuai dilakukan.
tetapi saya percaya untuk kes 1 ia sesuai jika kita hendak merasa duit tanpa perlu kesakitan setiap tahun. kerana kita hanya perlu melabur untuk tahun pertama sahaja dan tahun berikutnya kita hanya perlu melabur sebanyak 20% daripada pelaburan tahun pertama. so 80% dduit perlaburan boleh digunakan untuk benda2 yang lain.
biar ler bank nak untuk banyak yang penting kita masih untung lagi. jangan rugi dah.
saya mencadangan ambil dengan insuran agar jika berlaku-apa-apa kepada kita masih ada perlindungan. so yang untung adalah waris juga………………….
Sebenarnya saya sokong pelaburan pembiayaan ASB ni,bagi saya yang makan gaji ni, inilah cara mendisiplinkan diri untuk menabung, Dividen & Bonus diberi setiap tahun,pada bulan January,awal tahun, masa ni banyak nak guna duit , nak bayar duit yuran sekolah, beli baju anak-anak,kebetulan pulak roadtax kereta mati, dari duit dividen & bonus ASB lah saya gunakan untuk belanja.Dapat bonus tempat kerja saya masukkan dalam buku ASB, sebagai contoh simpanan tunai dalam buku ASB ada RM10,000-00 , buat pelaburan pembiayaan dgn bank dlm bentuk sijil RM50,000-00, semua sekali pelaburan dalam ASB adalah RM60,000-00, pengiraan diveden tahun 2007 adalah 8% = RM60,000-00 X 8% = RM4,800-00, okkan, saya cadangkan kepada sesiapa yg nak buat pembiayaan pelaburan ASB, cari yg ada 100% pelaburan pembiayaan ASB dilindungi oleh insuran, saya cerita ni, sebab saya dah dapat, ini pengalaman saya sendiri, terima kasih.
Saya dah masuk asb loan ni. Dan saya berfikir untuk menjualnya balik dan menukarkan kepada simpanan sendiri.
Bagaimanakah caranya?
Adakah betul tindakan saya?
Salam,kalau sy nak cancell loan asb ni boleh tak.Bile boleh cancel ye even dah approved.cume blom start bayar lagi jerr.macam mane cara nyer ye.Hope dapat menjawab soalan saya ni.K,thanks.
Salam sejahtera!Pada pandangan peribadi saya lah, pinjaman(loan) ASB memang amat berbaloi dan paling menguntungkan.Senang cerita, lumayan lah. Sebab apa saya katakan demikian? Ok, katakan kita mengambil pinjaman sebanyak 200K. Untuk tahun pertama sahaja, saya ulang sekali lagi, untuk tahun pertama sahaja kita mengeluarkan modal untuk membayar pinjaman tersebut.
Ramai yang cakap oh.. bank jadi lintah darat ambil untung mudah daripada kita yang buat loan ni. Dah tu, kita ada duit 200k tunai dalam tangan sekarang untuk letak dalam ASB? Saya tanye lagi sekali, ada ke duit sebanyak 200K cash???.Orang nak berniaga pun kena ada modal. Bank pun nak berniaga jugak. Dia bagi kita modal, mestilah dia nak kembali modal + untung. Kita pon kalau berniaga kita nak untung. Logik ke kita beli milo setin kat pemborong harga contoh 7 ringgit, kita jual kat pengguna lain dengan harga 7 ringgit jugak? Di mana rasionalnya? Jadi kita sebagai golongan yang tak berduit ni kenalah pinjam duit kat bank untuk melabur.Tak gitu??:tt2:
Ok, berbalik semula pada perbincangan tadi. Kakanlah saya ambil loan sebanyak 200K dengan bank dan pihak bank akan mengenakan bayaran bulanan pinjaman ASB saya 1500K sebulan, termasuk insuran. Dan saya hanya membayar sejumlah 18K setahun sahaja. Sekiranya PNB mengumumkan dividen tahun tersebut sebanyak 10%, dalam akaun saya akan dikreditkan 20K. Saya hanya mengambil 18K daripada amount tersebut untuk membayar bayaran pinjaman tersebut. Begitulah seterusnya sehingga pinjaman habis. (Disyorkan ambil pinjaman 20 tahun untuk kurangkan bayaran). Jadi.. siapa yang tolong bayarkan pinjaman saya? PNB lah bukan saya yang bayar. Saya cuma modalkan 18K sahaja. Diulang sekali lagi.. Saya cuma modalkan 18K sahaja.. Modal 18K lps 20 tahun dapat 200K.. tak nak ke bang??? Bila ada yang kata kalau saya simpan bulan-bulan sebanyak 1500 lagi bagus. Saya kata pulak, siapa kata saya tak boleh simpan 1500 bulan-bulan. Saya bukan sahaja masih boleh simpan 1500 sebulan tapi saya juga bayar extra 18k setahun untuk modal 200K.Buktinya.. saya simpan 1500 kat asb, + saya bayarkan lagi 18K sebulan untuk loan(Modal 200k saya tak usik sebab dah cover dengan duit dividen yang dibayar pada bank).Cuba kira sendiri berapa banyak saya boleh simpan??([B]1,077,124.88 [/B]selepas 20 tahun, tapi itu kalau kita simpan 1500 sebulanlah… banyak tu beb)
Sekiranya dividen tahun tersebut 9%, saya akan dapat 18K atau jika kurang daripada itu pun, saya cuma perlu tambah sedikit sahaja.(So far dividen ASB tak pernah kurang daripada 7 persen). Jadi, saya tak nampak di mana ruginya saya ambil loan ASB tersebut. Saya bukan bayar guna simpanan duit saya. Saya bayar guna duit dividen daripada PNB. Lagipun duit tu pun bukan saya nak guna sekarang, saya nak guna bila dah bersara nanti. Katalah selepas 20 tahun nanti saya dah ada 200k dari simpanan ASB dan 200k daripada simpanan KWSP. Saya akan keluarkan 200k daripada KWSP dan saya akan simpan dalam ASB. Wow.. bayangkan saya ada 400K dalam asb untuk sara saya sepanjang hayat bila dah bersara kelak. Saya tak perlukan duit anak-anak saya.(kalau saya meninggal pon ada insuran yang akan bayarkan 200k tu, jadi anak dan isteri dapat lah jugak daripada tak dapat apa-apa langsung)
Terus terang saya katakan yang saya memang tak ada disiplin untuk pergi ke bank tiap-tiap bulan untuk simpan duit. Saya malas nak potong bulan-bulan sebab saya tau saya juga tak ada disiplin untuk tak ambil duit tunai dalam akaun bila dah banyak.(Kucing kalau nampak ikan depan mata, kalau tak makan pon dia akan cium). Oleh itu saya rela ambil loan sebab saya tau saya tak boleh ambil duit tu (dah tukar dalam bentuk sijil).Dan yang lagi penting dan utama… adalah terlebih elok saya ambil loan daripada saya tak buat apa-apa. Kalau tak mampu nak bayar terminate je, bukan susah pon. Esok lusa kalau dah ada duit buatlah loan semula. Kalau takat cakap bergegar-degar macam tin kosong pon tak guna jugak.
p/s: Perjalanan beribu-ribu kilometer bermula dengan langkah pertama
adymfi,
saya amat penyokong pandangan kamu…
fyzah, terima kasih atas sokongan anda, kekawan yang lain macam mana pulak?
SALAM…
SAYA BARU JER NK MULA WAT LOAN…
bial fikir ada baik n buruknye..saya cube wat loan dulu..brjaya ker tidak saya gtau kat korang nnt..
thanks..
tapikan klu kita xusik dividen mesti makin bertambah…lebih byk drp mereka yg buat simpanan sendiri.bila fikir wat loan asb ni ada untungnya..yg penting mesti ada insuran la.
KLU NAK CEPAT ABIS LOAN ASB.
korang bayar pokok jugak lah.jgn duk byr pinjaman jer.pokok tu kena bayar jugak.nnt xla byk bank kenakan bunga diorang pd kite.nk wat loan pun kena bijak tau.
jgk asyik duk bayar jer..byk bertanya byk pengetahuan..
asb rulesssss
this is the one and only terms of long / future investment.
jgn tempted nak untung besar in short period..
ramai dah terkena n bungkusss…
pendapat dari ahli kewangan / akauntan mestilah facts n figures…but in the long run it supposed to be a very good advantage for us…take a look around with gaji std malaysian around rm2500 pm who on earth will give us at least rm7000 free as a dividen / bonus?…
nak harap boss kasik bonus kerje? part time? mlm ? no offense just an opinion…
now i will transfer all my funds to ASb…
min 7000 x 10 years = 70k…
but i do agreed with mr akuantan…try as much as we can to avoid BIG LOAN…maximize our profit is the main idea from mr akauntan…x gitewww…
thanz n c yaaaaa
Betul tu.. Lagi elok guna duit 100,000 sendiri. Caranya mudah:
-Minta duit dari mak bapak
-Kena nombor ekor
-Jumpa duit tepi jalan
-Rompak bank
-Samun rumah ke rumah
-Tebusan orang kaya
-Ada simpanan & gaji besar
Yang lain tu nampak gayanya terpaksa pinjam bank. (Rugi? Bahaloll!) Kalau tak untung banyak pun adalah jugak! Kita untung, bank pun untung, kata orang konsep win-win la.
Yang penting disini ialah sikap menabung itu. Setiap bulan kita dapat gaji taklah kita buang tak tentu hala, ada juga bodyguard tak rasmi suruh simpan sikit, ajar kita agar lebih bertanggungjawab. Harus diingat pinjaman ini jauh lebih baik dari pinjaman beli kereta atau motosikal (beli cash je tu). Dan pendapat saya kalau nak buat loan, pinjaman sebegini dan loan rumah adalah ideal dan digalakkan, selain dari pinjaman itu terpulang kebijaksanaaan seorang untuk kembangkan pulangannya.
Jangan sampai dihujung hari, kereta motor pun takde, rumah pun menyewa, tanah? haramm.. 100,000 pun kita tak merasa. Bau ajelah..
pejam celik, dah setahun saya buat loan dalam ASB ni..cam saya cakap dalam komen before this, this is one of the way to force me to save money, and to be honest, it works. Saya cadang nak tambah loan ke 200K next year bila loan kereta saya abis… but let see how the end year dividen keluar nanti lar…
//Afidie
http://afidie.com/blog/
Tahniah.. dan tahniah kepada kawan-kawan yang telah menabung dalam ASB, tak kira lah buat mereka yang menabung bulan2 atau ambik loan.
Pejam celik-pejam celik dah tiba penghujung bulan Oktober, tak lama lagi … sampai jugak bulan December…
Kepada pelabur2 ASB tak lama lagi dah nak terima dividen.
Kepada yang asik cerita gebang macam tin kosong seawal bulan december 2007 ASB haram lah, khilaf sana lah khilaf sini lah..ASB haprak lah… masuk Unitrust PB lah, … tak de buat apa-apa… angan2 je lah nak dapat pulangan dividen ASB….
Bagi yang tak mampu nak ambik loan besar, cuba lah yang kecil2 dulu.. (10K ke) dan kalau mampu tahun depan ambik lagi 10k…. cover lah dengan dividen tahun lepas ye tak…
Tahniah.. tahniah… selamat tunggu dividen PNB.. rasa-sanya tahun ni mungkin boleh dapat 10% kut sebab ASB ni biasanya cover dividen tinggi bila ekonomi merudum…
SALAM SEMUA,
MEMANG RAMAI YANG KATER KALO BUAT ASB MELALUI PINJAMAN NI RUGI. TAPI YANG SEBENARNYA LU PIKIR LA SENDRI.
LIHAT DIBAWAH;
JIKA SIMPAN DI ASB MELALUI PINJAMAN SBYK 100K
(BULANAN BYR RM731-PAKEJ 20 THN)
UNTUNG =RM8000
*DIVIDEN PLG RENDAH 8%
JIKA SIMPAN /MASUKKAN DUIT SENDRI SETIAP BULAN
RM731 X 12BLN = RM8772. TAPI DIVIDEN KIRE SBLUM BLN 6 DUIT DIMASUKKAN, SO DIVIDENNYE DIKIRA BEGINI == RM8772/2 X8% = ANDA UNTUNG RM350.88 JE.
SEBENARNYA BEGINI;
JIKA ANDA BUAT PELABURAN ASB MELALUI PINJAMAN, SAYA SARANKAN ANDA JANGAN GUNA DUIT UNTUNG TU. BIAR UNTUNG TU 2 TAHUN DI AKAUN PALING TIDAK. ANDA TAK RUGI KALO KELUARKAN, TAPI SAMA LAH MAKNANYA MENYIMPAN DUIT SENDRI KE BANK . TAK UNTUNG TAK RUGI.
Sokong elyana..
Tak lama lagi kaunter ASB tutup untuk kira dividen..
Lekas..lekas la melabur dalam Amanah Saham ASB. Jangan tunggu sampai umur 55 tahun baru nak melabur ye..
Happy investing..
regards;
adymfi
aku tak perlu menabung pun, tapi setiap bulan aku boleh dapat income antara 10K hingga 15K sebulan, dan akan bertambah dari semasa ke semasa…
aku buat business MLM sambilan je… tapi untung besar…
sape nak jadi partner aku boleh la, boleh dapat untung sama2..
Alo Wahid..
Bro, kalau nak cerita MLM bukak topik lain la. Nko salah masuk blog ni. Ni blog kitaorang yang ada saving dalam ASB haaa. Tengah exited nak tunggu pengumuman dividen ASB tak lama lagi ni.. yee haa seronoknye ada ASB… tima kasih PNB..
maaf la kalo mencelah.
aku baru 21 tahun.apa yang aku nampak,loan asb ni memang menguntungkan.
tapi dengan syarat korang jangan la kuarkan dividen tu untuk 2-3 tahun pertama.
amek kakulator kira manual.aku buat xbanyak.23k jer.tunggu dividen tahun ni berapa.kalo macam best,tahun depan aku nak up jadi 200k terus.
cuba krang pk,esok aku 42-43 tahun aku ada asb kekal 200k.tu belum masuk dividen.ko pk kalo aku nak nabung tiap2 bulan,dapat ker macam tu?disiplin?belum tentu aku dapat menabung bulan2.so,kalo loan,wajib kena bayar.so atleast rasa tanggungjawab.
kereta?aku pakai tiara ker.beli pun 2k jer.bayar cash.xpayah pk hutang.sampai gak genting.
rumah?alhamdulillah dah ada.tapi kos rendah la.
pendapatan aku sebulan dengan kerja tetap aku?basic 500 jer!!korang yang gaji ribu2,xkan xmampu?
macam mana aku buat?
rumah aku sewakan la.dapat duit sewa,aku campak bayar asb.tu kira menabung la tu.tapi dah ada eset 23k.23k kalo 7% setahun RM1610.dividen tu xpayah la kuarkan.simpan.tahun depan 23k + 1610 x 7% dah jadi RM1722.campur lagi,darab lagi.xpayah guna software pun boleh nampak untung.tu baru namanya menabung sambil untung!!modal?bayar loan aka sama ngan menabung tiap2 bulan.
bukan nak bangga,kalo aku ni baru 21 tahun pun bleh pk untuk masa depan,apa kata korang pk korang plak.xder apa2 paksaan untuk korang buat atau x.
nak maju,tanya diri sendiri.xnak maju, sudah.
sekarang xder istilah “katak duduk bawah tempurung”.sekarang kena guna “macam katak dalam balang”.nampak apa orang buat apa,tapi korang x wat apa2.
Sokong popcorn..
Cuba pk tengok Saham-saham PNB lain yang non bumi boleh beli..? Semua habis licin mukhlisin bro… kalau ASB tu boleh bagi non bumi buat loan.. pon diorang sanggup..
Orang kita bila bukak cerita pasal ASB, dia cebikkan bibir je..
Happy investing…
bagi saya… terpulanglah pandangan dari sudut manapun… namun bagi saya, asb loan ni memang menguntungkan…. saya baru sahaja ambil loan RM100,000.00 untuk 20 tahun. bagi saya, model saya hanya pada tahun pertama sahaja.. untuk tahun berikutnya, dividen/bonus itulah yg saya guna bayar bulanan loan tu… pejam celik pejam celik… tup.. tup.. dah dpt RM100,00.00 dengan modal yg sedikit… kalau ada rezeki, saya nak ambil lagi RM200,000.00.. itupun kalau saya layak.. tau2 la org berpendapatan rendah mcm saya ni, ini je cara utk senang hari tua.. Namun saya berharap lebih ramai lagi org kita yg dpt ambil loan sebab bagi saya ia sangat bagus dan sangat menguntungkan… Wallahualam…
Hi maya.. satu langkah bijak. Sekarang orang tengah berebut2 keluarkan simpanan, cik maya pulak buat simpanan.. dalam ASB lagi tu.. Tahniah… tapi kalau ada rezeki lebih nanti buat lah 200k terus ye..
Happy investing
aku surirumah je boleh x melabur dlm ASB ni?kalau tetiba xlarat bayar boleh terminate mcm tu aje ke?ataupun ada dikenakan bayaran2 lain?
aku pk kalau dapat dividen ASB aku ambik dividen tu labur kat Pb.Mutual lak.bila dah tua ASB dapat Pb.Mutual pun dapat…..ok x pendapat aku…hehe
berangan je ni.mane la tau kot2 aku boleh pinjam asb.aku nak gi tanya bank ckit lagi.
Kemampuan Membayar Ansuran
1. Kebanyakkan yg gagal meneruskan pinjaman adalah disebabkan x mampu bayar ansuran bulanan. Mungkin terpengaruh untuk Cepat Kayo dan Sasar 200K dengan kadar segera.
2. Kejatuhan dividen ASB memang dijangka jika dilihat trend 10 tahun kebelakangan ini. So, janganlah happy sangat dengan offer BLR-2% walhal dividen tahun ni mungkin just around 5% (bagus sikit drp KWSP).
3. Bersiap sedialah untuk top up lebih untuk ansuran bulanan tahun mendatang sekiranya dividen asb terlampau rendah disebabkan krisis ekonomi global yg belum menunjukkan kesan pemulihannya.
4. Anda mungkin memerlukan extra cash untuk menghadapi inflasi (harga makanan asasi terus meningkat) dan Cuti Tanpa Gaji (staff Cimb). Justeru itu keadaan ini akan meragut lagi kemampuan membayar ansuran bulanan.
5. Saya bercadang nak buat loan ASB sekiranya ada lebihan gaji utk ansuran bulanan dan kedudukan kewangan syarikat tempat bekerja amat stabil (tiada kerisauan temporary layoff, atau ditakuti VSS).
6. Sudah pasti saya ingin melihat kesan 2nd Stimulus Package 60B yang diumumkan bulan lepas memberi kesannya kepada ekonomi negara dalam jangkaan sehingga Jun 2009.
7. Jadi bulan Julai 2009 (Tawaran pakej loan ASB masih berkuatkuasa) barulah saya membuat keputusan utk ambil loan ASB bagi mencapai tahap MAX pelaburan ASB.
8. Sekiranya ada rezeki lebih, saya x lupa masuk duit ke ASB selepas 6hb setiap bulan.
9. Memandangkan prestasi dividen KWSP yg semakin muram (tapi paling selamat kerna min. 2.5% div), saya sedaya upaya juga melabur samada ke ASD atau ASW setiap 3 bulan.
10. Untuk menjadi pelabur bijak, perlulah kita memahami prospektus pelaburan. Bagi yg menggunakan duit sendiri utk melabur ASB, anda kategori yang meminimakan risiko. Tapi yg mengambil risiko secara loan, anda telah mempunyai liabiliti tetap jangka panjang yg perlukan komitmen/disiplin tinggi dalam melakukan ansuran bulanan yg tetap (ikut ketidaktentuan turun naik BLR/KPA/BFA).
11. Pelaburan ASB adalah untuk tingkatkan ekuiti Melayu/Bumiputera. Inilah dasar kerajaan bagi memastikan X Melayu Hilang Di Dunia.
memang betul buat loan menguntungkan bank. tapi dlm masa yg sama kita pon untung gak. kalau nk untung lagi jangan keluarkan duit dividen tu.
kene ingat satu mende..duit tu bertambah secara eksponen.kalau kita simpan banyak awal, kita untung banyak setiap tahun.
kalau simpan sikit sikit, untung pon bertambah sikit sikit setiap tahun
skrg aku baru 20 tahun belajar lagi dan buat loan 40k selama 20 tahun.bayar rm286 sebulan guna duit biasiswa.harap aku dapat tahan tak keluarkan dividen supaya 20 tahun lagi dpt 168k dlm bank.
(harapan je ni..mesti last2 keluar sket2..nk gak beli tv plasma sendiri .haha)
ASB loan……hai …hai….baik …tak baik…….apa le orang melayu….benda baik di pikir2 banyak……tak baik lah…….TAPI kalo skim cepat kaya ……yg pasti merugikan…itulah yg mereka suka & di minati…….
pegalaman aku lah …..bmula dri loan 10k dlm 6 thn aku dah mampu loan 100k…..dividen tiap tahun …aku buat cuti-cuti malaysia……ok apa?
lagi satu….kalo kira kasar lah….dividen ASB = 7%, Interest bank 5% so kita masih ada untung 2 % daripada 100k.
nak tambah plak pasal Public Mutual…..memang lah untung tinggi 11% atau lebih……TAPI……. pernah tak ….agen2 bagi tauk yang harga atau pelaburan tu akan menurun ikut kadar semasa….malah pelabur boleh rugi sehingga 60% daripada pelaburan asal…….berbanding loan ASB ..pelaburan kita adalah selamat dan kekal…..tak ada unsur turun naik nya…..Jadi kalo nak rekomen PM tu biarlah ….bagi lah pro & kon..nya…..jangan nak ambik komisen je……..
nea sokong dengan pendapat adymfi,
sekarang ni BLR tengah rendah , bank ada offer special rate, nea baru tambah pelaburan ASB 150k, 100% insuran cover. so bertindaklah dari sekarang jangan tunggu dan lihat,
td bru g cimb, top up asb. org kat bank tu suggest amik loan asb coz skrg rate 3.79 % je… offer spai hjg bln ni. so dah survey2 ni rasa mcm ok gak wat loan. tp xbrani nak wat byk lg, nak test market dlu… ok tak? any idea?
T. kasih nea kerana memberi sokongan pada idea amik LOAN ASB. Kepada ima, takkan nak tunggu dan lihat je kot
. Cuba lah ambil 10k dulu kalau nak test market. Nak loan yang Islamic boleh cuba Maybank Islamic. Bulan2 baru 60 ringgit.
Bangsa non bumi kalau ada peluang buat loan beli ASB ni, saye yakin capital ASB ni boleh tutup dan kene Q macam ASM dan ASW.
Peluang di depan mata, terpulang lah kepada anda untuk bertindak atau tak. Sebab tiada paksaan untuk anda memilih masa depan anda sendiri.
Loan ASB nie…..ramai lagi bangsa Melayu tak tahu atau tak paham.
Loan ASB ni boleh kita cancel bila2 masa, tak semestinya loan sampai tempoh matang.
Jadi bagi saya ….saya ambik loan jumlah besar skit RM200k, tempoh pinjaman 20 tahun…..jadi bayar bulanan murah lah skit. Cukup masa nanti ..macam saya target 10 tahun je nak loan. Sampai 10 tahun saya cancel lah loan ASB tu.
Kita tak rugi punya…….saya dah kaji & kira dg teliti.
Cuba bayang dividen utk RM200k setahun dah RM15k, dengan andaian dividen 7.5%. 10 tahun dah RM150k.
Fuyoh……
Wah .. memang banyak tu sha. Yang penting kena ada disiplin dan jangan down. Ye lah bila dah nampak baju cantik ke beg cun ke kat shopping centre, mata dah jadi kelabu asab. Nanti ASB ke mana.. tak gitu cik sha
Simpanan ASB guna loan bank sebab takda modal/capital sendiri, bila guna loan bank, dividen adalah berdasarkan capital sebagai contoh RM100,000 walaupun kita takda duit sebanyak tu! Itulah kelebihan simpanan ASB guna loan bank. Kalau aku ada sebanyak RM100,000 cash untuk pelaburan ASB, buat pa aku nak loan bank? Sebab aku takda cash sebanyak itulah aku buat pinjaman. Nak harapkan simpan sikit2 setiap bulan kemudian baru dividen dikira dari simpanan tersebut,jangan harap nak dapat pulangan yang banyak. Bagi aku, selagi namanya SIMPANAN, loan bank pun baik juga…
Samada guna loan atau simpan duit sendiri mempunyai kelebihan masing2. Yang pentingnya adalah bertindak utk menabung sekarang…Jgn biarkan kuota ASB dibuka utk non bumi spt yg berlaku kpd ASM. Non bumi dah lama nampak kelebihan saham PNB, dan mereka menunggu jer kesempatan utk hentak Maxima..
Saya pun baru apply loan ASB ni. Sebelum ni memang tak berminat pun. Tapi kali ni saya ambik maksimum 200k, tempoh 25 tahun. Selepas buat pengiraan, faedah 4.25% dividen 7%, tahun pertama boleh untung 40%. Sebab loan ASB ni reducing principal macam loan rumah. Artikel ni http://blogsahambaru.wordpress.com/2009/07/30/pinjaman-asb-asb-loan-memberi-pulangan-melebihi-40/ ada cerita lanjut macam mana boleh dapat return hingga 43% – 60% melalui loan ASB. Ni utk kongsi-kongsi dgn rakan-rakanyg melabur ASB.
SAYA BARU NAK JOIN ASB LOAN….BARU P COMPARE INTEREST DIANTARA MAYBANK DGN CIMB…..CIMB PUNYA INTEREST LAGI RENDAH….DIA PUNYA KPA 1.76%…KLU MAYBANK 1.35%…JADI TENTULAH SAYA AKAN PILIH CIMB….SAYA AKAN CUBA BUAT 20K DULU…ADA SEBARANG KOMEN????????????
ngam ler tu…invest asb ni kena pikir pnjg…sedangkan orng non bumiputera pun berebut pakai nama org lain semata2 nak join asb ni.nikan kita pulak yg bumiputera ni…
fikirlah…
sokong asb …
jgn fkr kan keuntungan bank..mmg bank untung…fkr kna keuntungan sendiri.. bg sy pihak bank guna kn duit yg kta labur tiap2 bulan untuk bt keuntungan lebi byk..dr bank bg kta :p…tp sy masi binggung ni….ada ka asb loan ni mnguntungkan atau pn kta dpt modal sendiri aje
tp bank ble bt duit lebi byk dr keuntungan kta kn?? contoh sy buka bank awk suma labur dlm bank aku untung kamu sy bg skit aje yg lebi sy punya lah
)
buat simpanan d asb ok gak tapi pjman untk plburan buat pe???dah nampak pun ruginya dah namenye loan kan mestilah bank untung…tapi xnak komen lebih2 tkt tslh kate kte org melayu agama islam bertelagah pasal asb…fikir2kNLhh sendiri…cume nak komen ckit pasal yg dok kate mlbur dlm PM kalo hrge jtuh nilai wang pun jatuh mmglah dah namenye pun unit trust…plburan unit amanah ..kene phm konsep kalo waktu hrge jtuhlah mlbur bkn tgh tinggi nk bli ble tngi g lah jual bru tau untung atau x????cume ejen2pelu tau tugas masing2 jgn smpai pntingkn komisen je dan slh bg info…
salam,
hahaha,posting atas ini sudah lapuk.tapi komen manusia sentiasa ada. mereka hanya mahu disumbat,tapi xmahu berfikir.
aku shauqie,20tahun,masih belaja.pada tahun 2008,aku tertarik pada asb.so aku buat 50k. setelah nampak potensinya,aku buat lagi 100k pada 2009.
sekarang aku ada 150k.mcm mane aku nampak untungnya?
TAHUN 1 (tahun sakit)
1.aku hanya perlu bayar 1083 sebulan kerna pinjaman 20tahun.1083×12=13000+-.
2.dividen berdasarkan loan.contoh,8% x 150k =12000.
so ni adalah permulaan yg baik.lega selepas membayarnya.
TAHUN 2-SETERUSNYA
1.Dividen 12k aku pusing balik ke dlm modal.
2.meaning,aku xperlu byr lg 12k,apa yang perlu bayar untuk setahun itu ialah 1000+-(996 to be exact).
jadi jumlah yang aku perlu bayar sebenarnya ialah,
(1083×12)+(996×19)=31,920(untuk 20tahun!)
dan dlm masa 20tahun,aku dpt 150k.
150k-32k=untung gila!
lebih 200% kot!
dan aku bercadang nak tambah lgi 50k.untuk maximise.n ada khabar bank buka tuk 400k.lg untung!lg byk aku bleh melabur.
aku baru umur 20tahun dpt nampak benda ini.jadi jom la berubah.dan aku xtau pon apa dia selok belok pelaburan sebenarnya.haha.tapi aku dpt fikir benda ini dan nampak untung nya.
dan benda ni dah diinsurankan.xperlu nak byr2 lg.senang
Bro shaiqie dah nampak… dan berpandangan jauh mengenai ASB. Yang lain2 bila pula nak mencuba.
Selamat Melabur.
Dengan menggunakan ODASB dan loan ASB, aku dah capai target max ASB 200k…Merdeka! Merdeka! Merdeka!
p/s: Formula aku… Sijil 80k, Loan 100k, Buku 20k (via OD)..
yg penting ikut kemampuan & keperluan..
emmmm…hyeee..sye umo 18 thun…bwu jew bukak asb loan…tp dgr cite intrest skrg trun lg brp ek kt cimb?maybank?exactly lew plus insurans…
aku ada 15k…nak buat perlaburan ape eekk..ada cadangan ker
selain tu, laburkan la sikit dwet untuk anak2 anda. bwat potongan gaji 100/sorang, start anak tu baru lahir misalnya. (100×12)= 1200, 1200×20 tahun(anggap kite simpan untuk anak kite ni sampai die 20 tahun je)=24000 pastu blom campur dividen asb lg tiap2 tahun.bile die umo 20 tahun bygkan die da ada 20++ . dgn dwet tu leh galakkan die sambung menabung lagi or tanggung kos pembelajaran die pulak. ni yang dikatakan pelaburan masa depan bagi semua. bukan untuk kita je, fikirkan jgk generasi depan, anak2 kita, anak2 bangsa.
x kan melayu hilang di dunia.
aku cukup sokong pinjaman abs ni.. aku buat 100k 5 thn. tinggal 3x je lagi settel rm1972 x 60
Kepada sesiapa melayu bumiputra yg tak mau ambik loan ASB utk waktu skrg ini, sedangkan mereka golongan kurang mampu menyimpan, maka satu perkataan yg sesuai bagi mereka adalah ‘Kurang Bijak’, kalau dlm bahasa pasar atau kasarnya, BODOH.., memang bodoh.
adymfi, ko ni orang/agen pnb or marketing officer bank? aku tau laa asb loan tu untung tapi tak yah la kipas pnb sampai camtu sekali… nampak sangat macam menyamar jadi orang biasa…. pro byk sangat.. siap bodek lagiii tu…
promote sikit2 n cerita kebenaran dah laa.. naik menyampah aku baca…
korang yang lain tu…. nak melabur, labur je.. lagi tinggi pulangan, lagi tinggi risiko.. seggili mau ingat laa.. jangan buat skim cepat kaya sudah, labur entah ke mana, duit ko lesap, depa tambah kayo.. ko pinjam ni ko kira labur terus dalam jumlah yang byk ko labur x pinjam labur sikit2. x berapa untung. pastu kalo ko mampus insurans bayarkan untuk ko. untung tu… tapi insurans selain takaful tu haram tau… sebab ada unsur judi.. rujuk fatwa kebangsaan. jangan main tarah jerr…
zakat jangan lupa bayar, orang tua jangan tak kasi duit, kalau nak lagi bagus labur dalam bentuk emas.. yang korang sebok bincang sekarang semua duit kertas… fiat money.. kalau lingkup ekonomi, jadilah macam duit daun pisang… cakap byk tak guna bro.. kalau ada duit byk beli tanah, emas, rumah dll. baru ada value. ni tak, siampan duit kertas, 20 taun akan datang memang duit ko 200K, tp mb gula masa tu dah rm10/kg, minyak RM30/liter, tak yah citer lagi soal ikan, dulu aku beli ikan tenggiri sen2 je sekilo… ko tengok berapa harga sekarang?? bak kata nabil yang lawaknya yang tak mampu buat aku gelak.. ‘lu pikir la sendiri’- cis lagho sungguh… labur, labur jugak. riba jangan makan… akhir zaman ni..kalo ko tak sentuh riba, ko akan tercium baunya… (tapi dividen asb dah boleh buat byr zakat kata majlis fatwa kebangsaan-maknanya halal la tue…)
ingat kubur asing-asing, takde orang dapat bantu..
salam.
salam..
senang tak nk lulus loan asb ni ek??
ingat nk buat max
Prokap..
Aku bukan orang PNB dan aku bukan membodek PNB. Kalau aku bodek PNB bayar gaji tiap2 bulan kat aku. Aku puji langkah PNB menaikkan taraf kewangan bangsa bumiputera. Aku dan keluarga aku ada akaun dalam kesemua produk PNB yang melibatkan kuota bumiputera. Banyak sikit yang penting menabung dan menyimpat. Tak kisah la wang fiat ke apa ke yang penting menabung.
Aku tak paksa nko baca komen dan post aku. Kalau ko menyampah baca komen aku, aku 1000 kali meluat tengok posting nko. Aku menabung pon bukan guna duit nko dan famili nko. Duit masing-masing terpulang la nak simpan dalam PNB atau tak. Nko nak beli tanah ke beli emas ke, itu ko punya pasal. Pedulik apa aku.
Walaupun kubur masing-masing, syurga dan neraka bukan nko yang tentukan. Muhasabah diri sengiri sebelum menghukum orang lain.
Tolong hormat posting orang lain sebelum orang menyampah dengan nko.
Happy investing!
assalamualaikum, salam 1 malaysia….
saya juga telah melabur menggunakan ASB-loan, sebanyak 200k selama 20 tahun, kalau diambil kira kadar blr pada masa ini dan juga keuntungan asb pasti menguntungkan . satu perkara yang menarik perlu kita tahu dalam asb adanya bonus yang dikira berdasarkan simpanan selama 10 tahun .
mengikut pengiraan saya jika duit yang kita labur itu kita tak usik dalam tempoh 20 tahun , bonus seluruhnya saja adalah berjumlah RM 56,000 .
assalamualaikum,
saya nak berkongsi ckit..dari semua perkiraan yang di atas
langsung x ambik kira kadar inflasi??
maksud kadar inflasi? -contoh nye bergini
biasa 3-5%
“Meningkatnya kadar inflasi bermakna meningkatlah kos sara hidup rakyat dan secara langsung akan menurunkan taraf hidup mereka”
baca info ini
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1024&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive&arc=hive
dalam bahasa mudah bayang kan duit belanja sekolah semasa kita semua darjah 6
bagi saya cuma 70 sen jer..dapat beli air dgn nasi lemak…
sekarang berapa pulak belanja sekolah harian anak2
darjah 6 normal nye rm 2.5
ape yang ditunjukan disini adalah
kadar faedah bank 5% + inflasi 4% = 9%
keuntungan dari asb = 8 hingga 11%
keuntungan untuk kita=( asb – faedah – inflasi )
dalam asb loan ader risiko yang kita perlu perhatikan..
contoh nya
nilai rm 200k sekarang x sama dengan harga rm200k akan datang
buktinya
dengan mengunakan formula compond interest
y = x / ( i/100 + 1)^z
x = nilai wang masa hadapan
y = nilai wang masa kini
i = kadar faedah/ kadar inflasi
z = tahun
contoh pengiraan
nilai wang masa hadapan,x = rm 200k
kadar inflasi= 4%
tahun,z = 20
nilai wang masa sekarang,y = 200,000/ (0.04+1)^20
= rm 91277.39
ini bermakna rm 200k pada 20 tahun lagi bernilai rm 91277.39 pada masa kini di sebabkan harga barangan dan perkhidmatan yang meningkat..
ini belum ambik kira kadar faedah dari bank..
fikir2 kan lah…
pada saya senang je kalau takut ombak besar jangan pergi memancing di laut. tapi kalau nak g jugak bersedialah dengan alat keselamatan.
ok macam ni jelah kalau pinjam dan janji 20 tahun bayar pinjaman setiap bulan. bila dapat dividen bayar terus ke bank untuk kurangkan hutang hanya selepas 5 tahun barulah boleh guna maximum 50% deviden dan lagi 50% bayar ke bank. dengan cara ini bolehlah untung sikit kadar bunga tahunan dapat dikurangkan. rugi sedikit biasalah orang lain pun nak hidup juga. kadang2 kita kalu nak untung kenalah rugi sedikit barulah balance.
tapi ada satu yang tak untung langsung malah lebih merugikan… iaitu;
pinjaman along.. berhati2lah sahabat
pokok tarak , bunga tarak tapi itu akar ada sikittt…. juga sangkut..
kene pndi sebenarnye…dividen yg kt dapat x pyh keluar’n.. biar die berkembang…anggap installment yg kt bg kat Maybank tu simpanan kt… sy congak2 kalu kt x gune langsung dividen yg kt dpt… kalu loan 95000, dlm ASB kt 20 taun akan dtg dkt 600000… x untung tu…. fikir2 kan…………..
Salam semua.
Sy ni br nk planing untuk mase depan.bleh tlg beri komen and advice.
Phase 1
Sy ade plan nk wat loan asb rm100000 monthly dalam 531 selama 25 tahun.modal utk settlekan monthly selama 1 tahun dalam rm 6372.Untuk monthly 1st year sy kena bekerja keras.Then andaikata dividen utk 1st year adalah rm 9000, rm6372 dr 9k tu sy cdang untuk cover monthly 2nd year.Utk tahun yang mendatang sy akan rolling dividen je n selepas tahun ke 2 sy akan mendapat untung bersih sebanyak 2628 untuk setiap tahun…Target sy untuk phase 1 ni untuk jangka mase panjang and wat modal.
Phase 2
Utk phase 2, sy plan nk buat loan asb sebanyak rm30k lg selama 20tahun dan monthly sebanyak 183.Untung bersih dari phase 1 digunakan untuk cover 1 year punya hutang.dividen dari 30k tu ade dpt lbih krg 2700.modal untuk phase 2 ni adalah 21++.jd untung bersih setiap tahun dari phase 2 ni sy akan dapat sebyk rm600
kesimpulan dari ke dua2 phase ni sy dpt untung sebanyak rm 3+++ setiap tahun selama lbih krg 20 thn.duit pokok selepas 25 tahun adalah rm130k.total keuntungan 190k tanpa perlu menggangu duit gaji sy selama 24 thn.
Sy ada juga terfikir untuk membuat loan jangka masa pendek tetapi berkemungkinan sy perlu topup total modal setiap tahun bagi mencapai target.
Otai2 tlg bg komen. ni br 1st time sy nk wat loan.berkemungkinan sy terikat dgn syarat.
loan cimb offer blr-1.76…lepas ni, mungkin dah x rate camni..
Utk peminjam baru, #1.Letakkan sasaran nak guna duit ASB tu samada utk pencen (umur 55/56/58), pendidikan anak2 (umur budak masuk u, 18) dll #2.Pastikan lah korang berkemampuan utk byr bulan2, (aku buat StandingInstruction bulan2 via OD)…Sebole2nya jgn diusik dividen+bonus, biorkan ia compounded kecualilah case emergency. #3.Tawakkal je, berapa yg dapat, yg pentingnya Selamat bawah kawalan Gomen..
Salam semua…
Kesimpulan sebahagian Fakta-Fakta di atas ada orang kata
Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
——————————————————————
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.
Untung atau rugi?
Betulkan saya kalau salah.Hanya sekadar pendapat
Untung- kerana selepas 7 tahun 6 bulan(90 bulan) anda tidak keluarkan RM120,82 tetapi hanya ( 90bulan x 731=RM65790) tetapi anda dapat RM100,000 untung
RM100,000-65,790=RM 34,210
memang kalau simpan sendiri lebih untung tapi ada ke RM100k sekarang ? sebab tak ada la kita pinjam tak begitu..Bank memang nak untung apa salahnya kalau sama-sama untung.
INVEST SENDIRI (RM100,000)
(AVERAGE 7%)
731×12 bulan =8772 (1 tahun)
8772 + 614 =9386 (2 tahun)
9386 + 657 =10,043 (3 tahun)
10,043+ 703
memang kalau simpan sendiri lebih untung tapi ada ke RM100k sekarang ? sebab tak ada la kita pinjam tak begitu..Bank memang nak untung apa salahnya kalau sama-sama untung. Tetapi cuba renungkan banyak sangat ke untung??????? berbaloi -baloi ke???????
mari kita selidik
INVEST SENDIRI
( jumlah yang sama macam
kita bayar ASB loan RM100,000= RM731 sebulan)
(AVERAGE 7%)
731×12 bulan =8772 (1 tahun)
8772 + 614 =9386 (2 tahun)
9386 + 657 =10,043 (3 tahun)
10,043+ 703 =10,746 (4 tahun)
10,746+ 752 =11,498 (5 tahun)
11,498+ 804 =12,302 (6 tahun)
12,302+ 861 =13,163 (7 tahun)
13,163+921 =14,084 (8 tahun)
Selepas 8 tahun kita hanya dapat kumpul RM14,084
berbanding kalau loan RM100k kita hanya bayar 731 X12 bulan (1 tahun) =RM8772 tahun ke-2 dapatkan dividen RM7000 dan bayar instalment 8722-7000=
dan top up RM1772
1772 X 8 tahun = RM14,176+8722—- =RM22,898
731 X12x 8 tahun =RM70,176
tapi loan 100k anda akan dapat at least dalam 8 tahun
RM70,176-(duit keluar sendiri RM22,898) =RM47,278 (profit)
tapi harus diingat anda anda didenda kalau keluar sebelum tempoh matang 20 tahun dalam 1% kepada bank selepas 3 tahun dan 3.5% sebelum 3 tahun berdasar cimb rate term & condition
jadi lepas 8 tahun kena la denda RM1000 @1%…
dan 47,278-1,000 =RM46,278
simpan sendiri 731 sebulan selepas 8 tahun hanya dapat
kumpul RM14,084
atau anda inginkan selepas 8 tahun pinjam bank lepas tolak denda anda dapat profit
kumpul RM46,278 tetapi betul ke anda dapat RM46,278?
tapi ingat ni just rough figure tanpa tolak insurance dan interest dari bank
calculation mudah interest bank RM100,000 loan
RM731 X 12bulan x 20 tahun =RM175,440
175,440-100,000=75,440/20 tahun
setahun interest =RM3772X 8 tahun
RM30,176 (interest bank)
jadi
RM46,278-RM30,176(interst bank) = RM16,102
Profit selepas 8 tahun RM16,102 ( loan bank)
Profit selepas 8 tahun RM14,084 (simpan sendiri)
memang untung …tetapi berbaloi-baloi tak?
renung-renungkan dan selamat beramal……
kalau nak info kongsi/maklumat /comment boleh email
nonstopsolution@yahoo,com
walaubagaimanapun…untuk pengetahun semua sekarang untuk loan bank 100,000 selama 20 tahun hanyalah
RM613 permonth termasuk insurance berbanding calculation lama RM731 jadi pengiraan dia atas tu tak lah terlalu tepat …average pengiraan hanya 7% dividen kalau bernasib baik 8-10% insaallah banyak la untungnya
nk mintak pendapat la…
klu kita uat loan ASB 2 sbner mmg kita rugi ke??
klu kita menabung sendiri kt ASB, adakah sama shj yg kita dpt utk PENDAPAT ASB ms kita kemas kini buku ASB??
Assalai’kum utk semua nya….
Utg Rugi mlabur ASB?…..kena tanya diri sendiri…..
Pandagan saya ialah…penerangan TPM diatas sgt bernas….
Pertama nya Cuma saya nak tambah kan ….INSURAN tu –memang kena bayar..tapi kalo kita meninggal sebelum loan ASB matang, maka loan ASB akan SELESAI dgn serta merta nya….dan waris akan menerima sejumlah wang (RM100K) penuh sedang kan kita mungkin baru bayar 1 thn @ 5 thn…jadi di sini kita dah untung sekali ….(tapi takkan kita nak mati kot??)
Kedua nya….Loan ASB nie boleh dikatakan sebagai simpanan paksaan bulanan kita….mauk tak mauk kita kena bayar (simpan) juga bulan bulan…..
Kalo nak harap kan kita disiplin sendiri nak simpan RM500 setiap bulan….mak oi…payah benor rasa nya ……
kalo sempat simpan 2/3 bulan …bulan ke 4 pasti je nak keluar …ada saja nak di beli nya…tak cukup budget lah…..so APAKAH MATLAMAT ANDA?
Ketiga nya….memang lah nak simpan RM100k…dpt byk dividen…TETAPI mana nak dapat CASH RM100K? kalu loan adalah RM100K.
Ke 4 nya, dlm dunia kena GIFT & TAKE bak kata org putih…jadi bank nak juga untung…kita pon nak untung juga…wajarlah kita kongsi keuntungan bsama…..
kalo satu pihak je untung…BAnk pun takkan bagi loan ASB bgitu juga kita ..takkan apply loan….tak ke cam tu?
JADI SOALAN NYA
1, APA MATLAMAT ANDA?
2. ADAKAH ANDA SEORANG PENYIMPAN YG BDISIPLIN?
3. SANGGUP KAH ANDA BKONGSI UNTUNG?
Saya ada cara yang lebih baik untuk mendapatklan untung dengan loan asb ni…sebenarnya tak susah mana, kita cuma kena pandai memanipulasikan tempoh pinjaman sahaja. contoh buat loan 20k selama 10 tahun, tapi kita cuma buat 5 tahun sahaja, tetapi boleh dapat sampai 18k…
tak percaya? begini….
Plan A:
buat pelaburan yg anda rasa anda mampu… contoh, buat pinjaman dengan loan maybank tu sebanyak 20k selama 10tahun…sebulan anda byr 210 dgn bank…ok kita tgk selepas 5 tahun jika anda langsung tidak keluarkan apa2 dividen yg anda dpt… Dgn anggaran 7% sethn, dijangka akaun anda akan menjadi rm28,051…so, maknanya dividen anda dah 8,051.
Saya cadangkan kepada anda supaya berhenti setakat itu dan buat permohonan dengan maybank utk stop. Maybank akan bayar separuh daripada 20k tu kerana anda hanya byr 5 tahun daripada 10thn. Maknanya anda dapat 10k…Jika dijumlahkan ketika itu, akaun anda kini telah menjadi (10k + 8,051 = RM18,051). Jika dikira, anda cuma byr sebyk (210 x 12 x 5thn = 12,600). Dan anda telah bebas dengan hutang ketika itu…bukankah ini lebih baik?
Plan B:
Jika anda berhasrat nak teruskan membyr sebyk 210 tu sehinga habis tempoh pinjaman (10 thn), saya cadangkan anda ikut plan A di atas. Selepas itu, anda buat pelaburan baru dengan jumlah yg sama iaitu 20k juga selama 10tahun. Ok, kita tgk berapa keuntungannya…akaun anda ketika itu sudah 18,051, dan campur dengan pelaburan baru 20k ianya menjadi 38,051. Angarkan dividen 7% sethn…kita lihat apa jadi 5 tahun selepas itu…
38,051, selepas 5 tahun akan menjadi 53,368. Apa akan jadi jika anda buat semula plan A di atas? Maksud saya, anda berhenti saja ketika itu. 53,368 – 38,051 = 15,317. Bermakna jumlah dividen dlm tempoh 5 thn itu adalah 15,317. kita asingkan duit pokok (18,051) yg asalnya ada dlm akaun anda supaya anda tidak keliru.
Baik, seperti mana di Plan A, di Plan B ini anda hanya byr 5 tahun drpd 10thn, bermakna anda hanya mendapat separuh drpd maybank iaitu 10k sahaja. Ok, kita jumlah semuanya sekarang…10k + 15,317 + 18,051 = 43,368. Berbeza dengan jika anda buat pelaburan 20k tu sampai la 10thn tanpa berhenti…kelebihan buat Plan A ni, anda ada cash dan boleh dikeluarkan anytime jika anda benar2 terdesak…dah faham bukan?
Ok…kita cuba dengan Pelaburan 50,000
Kali ini, buat pinjaman dengan loan maybank tu sebanyak 50k selama 20tahun…sebulan anda byr 315 dgn bank…ok, katakanlah dalam akaun anda dah ada 50k, bila dah buat loan 50k yang ni, so…dah jadi 100k la kan, bermakna dividen anda dikira berdasarkan simpanan 100k. Ok kita tgk selepas 10 tahun jika anda langsung tidak keluarkan apa2 dividen yg anda dpt… Dgn anggaran 7% sethn, dijangka akaun anda akan menjadi rm196,715…so, maknanya dividen anda dalam tempoh 10 tahun tu adalah 96,715….wah, banyak kan?
Saya cadangkan kepada anda supaya berhenti setakat itu dan buat permohonan dengan maybank utk stop. Maybank akan bayar separuh daripada 50k tu kerana anda hanya byr 10 tahun daripada 20thn. Maknanya anda dapat 25k…Jika dijumlahkan ketika itu, akaun anda kini telah menjadi (25k + 96,715 = 121,715). Dan akaun asal anda yang 50k tu jika dicampurkan dengan hasil pelaburan ini, menjadi 121,715 + 50k = 171,715. Jika dikira, anda cuma byr sebyk (315 x 12 x 10thn = 37,800). 121,715 – 37,800 = 83,915 (keuntungan anda). Dan anda telah bebas dengan hutang ketika itu…hehe
Cuma, ingat jika anda memang telah ada simpanan dalam akaun, anda boleh cuba menggunakan cara yang terakhir itu…Memang berbaloi baloi…
YEA bro..
ulasan kalian memangnya bernas gitu..
banyak manpaat org dpt bila baca ini tajuk.
ptg td i call maybank and cimb dptkan mklmt lanjut..maybank sure guna insuran konvensional.tak bole tukar ke takapul.kecewa juga coz kita ada 8 pengendali takaful including related to maybank (etiqa)..but Y pengurusan maybank tidak brapa concern sensitiviti umat islam..haram ba tu bro..bukan juga alim.. tapi yg namanya haram ni, haramlah ba..ada yang halal, pilihla ba yg halal..
sebab kubuq asing-asingla kita sume kena saling wassini
babai
Satu cara lagi
Anda telah ada simpanan ASB sebanyak RM100K tetap.
Anda telah buat pinjaman ASB sebanyak RM 150K selama
10 tahun dengan kadar 5.5% setahun dengan bayaran
sebulan RM1300.00 anggaran.
RM 100,000 + RM 150,000 = RM 250,000 x 7% dividen setahun jadi setahun anda akan mendapat pulangan dividen sebanyak RM17500.00
RM17500 bahagi dengan bayaran bulan RM1300 bermakna anda boleh menbayar RM1300 selama 13 bulan dengan dividen setahun dari ASB anda cuma anda tidak dapat menikmati pulangan dividen ASB anda selama 10 tahun, selepas itu anda akan menerima keuntungan RM150K yang anda pinjam tanpa……..
Cubalah fikir idea ini jika anda berkemanpuan sebab RM100K amatlah besar bagi setengah orang tetapi bagi saya idea ini boleh di terima jika kita duit banyak tapi tidak dibenarkan dalam Islam maka sebab itu saya menbatalkan idea saya ini……
hai all…tq untuk nasihat u all…memg banyak membantu…so feb 2009 aku plan nk wat loan dan aku akan ikot nasihat JustAweh..umur baru 23…nak duit dlm masa 5tahun…leh wat kawin grand skit..hehe…
tp bank mana yg bagus?maybank?cimb? atau yg lain? xreti la nk pilih bank..